Tuesday, January 17, 2012

Di Belakang Tabir

Di Belakang Tabir
- Mutiara Sani Enterprise -
Pembuat dan Pembekal Agar-Agar Kering

Mutiara Sani Enterprise beralamat di No 32, Jalan Pantai Baharu, 34250 Tanjong Piandang, Perak.  Di terajui oleh panggilan MakSu oleh penduduk kampung bernama Siti Hasnah Hj Samsudin

Ianya bermula sebagai hobi dengan resepi dari keluarga kepada perusahaan kampung berasaskan Agar-Agar Kering.


Untuk ke Tg Piandang, jika anda dari arah Selatan melalui Lebuhraya PLUS, susur keluar ke Kamunting dan membelok ke kiri menuju ke Pekan Bagan Serai.  Di pekan Bagan Serai, belok kiri ke Pekan Kuala Kurau dan terus ke Tg Piandang


Mula beroperasi di dalam rumah secara tradisional pada tahun 2010 sehingga sekarang.  Untuk memenuhi pemintaan, Mak Su telah membina sebuah bengkel kecil di belakang rumah


Gambar bengkel ketika dalam pembinaan.  Mak Su juga membeli Relau dan Oven elektrik baru dan ini banyak membantu mempercepatkan pembuatan agar-agar kering. 

Relau Moden dengan kapasiti 30kg
Tradisi
Oven Elektrik
Antara barangan bantuan kerajaan seperti meja aluminium dan dulang tahan karat

Dedaun Agar-Agar Kering yg siap sedia digubah
Kiub Agar-Agar Kering







Antara tempahan Gubahan Agar-Agar Kering
Gubahan Agar-Agar Kering
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Mak Su atau email kepada saya di sajakstrading@gmail.com