Sunday, January 29, 2012

Twisto Rangup & Twisto Pocket

Twisto Rangup & Twisto Pocket

Twisto Rangup boleh dikategorikan sebagai makanan segera berbentuk seperti pancake tetapi lebih nipis dan rangup. Bahan inti Twisto Rangup terdiri daripada perisa Vanilla, Oren, Apple, Coklat, Pandan, Strawberry dan Blueberry. Manakala terdapat juga tambahan bahan-bahan inti yang manis terdiri daripada kekacang, mentega, madu dan kepingan pisang, atau madu dan ais krim dan ada juga yang ditambah krim untuk memberikan rasa yang lebih lemak.


Twisto Rangup adalah olahan daripada "Crispy Crepe" yang berasal dari Perancis.Twisto Rangup dilipat seperti bentuk kon ais krim yang leper untuk hidangan.  Bungkusan yang menarik untuk membungkus Twisto Rangup turut disediakan.


Twisto Pocket pada asalnya adalah makanan orang Mexico yang di kategorikan sebagai makanan segera. Terdiri daripada bahan inti seperti ketulan ayam berempah, sayuran dan sos istimewa yang digulung dalam roti istimewa. Pelbagai jenis bahan inti boleh diubah suai mengikut selera masing-masing. Kelazatan Twisto Pocket sangat bergantung kepada bahan inti dan juga adunan roti istimewa serta sos yang digunakan.

Satu hidangan makanan segera yang lengkap kerana ia mengandungi sumber karbohidrat daripada roti Twisto Pocket, sumber protein daripada ayam, vitamin dan fiber daripada sayuran! Bahan inti juga boleh dipelbagaikan seperti daging cincang, kepingan daging atau ayam/ daging rendang yang bersesuaian dengan selera tempatan.

Pelbagai jenis sayuran juga sesuai ditambah seperti lobak merah, kobis yang diparut kasarserta sayur campur. Sos cili pula boleh digantikan dengan sos BBQ, sos masam manisdan sebagainya. Memang sesuai untuk masyarakat Malaysia!